Thursday, April 3, 2014

MUDAHKAH SURIRUMAH MENJADI PENIAGA ONLINE?

Assalamualaikum..
Ari ni hajar nak buat entry pasal surirumah sebagai peniaga online.. Nampak mudah aje nak Berjaya.. Tambahan pula sebagai seorang ibu yang anak masih kecil sebenarnya keadaan ini akan menjadi lebih sukar untuk Berjaya sebagai peniaga online' kecuali kalau ada bibik yang membantu...

Seorang ibu merangkap seorang isteri .. juga diistilahkan sebagai full time bibik menguruskan 100% kerja rumah , dan 100% baby sitter 100%  penyelia transit untuk anak dari sekolah pagi ke sekolah petang .. Semua tanggungjawab terpikul dibahu ... Betul! SUKAR! untuk Berjaya dalam keadaan ni dalam bidang perniagaan online... Bukan melemahkan semangat pembaca, tapi itulah hakikat supaya  kita tidak berangan sampai ke langit sekali sekala terpaksa pandang ke bawah juga...

Dua keadaan berbicara dengan si suami bila kita mula berbisnes online ..

Apabila Nampak kurang pengeposan barang ... Suami akan bertanya. Dah tak Ok ke biz sekarang ?
Hakikat sebenar : terlalu banyak kerja rumah perlu dibuat sampai tiada masa untuk promosi barangan..... jika anda seorang peniaga online bidang promosi sahaja yang dapat melonjakkan perniagaan anda sebab anda tiada kedai

Apabila anda menumpukan perhatian pada bidang online dengan promosi barangan,, akan mula lalai dalam menguruskan perihal kerja rumah... suami akan bertanya .. Mana stokin saya? Tuala dah habis kah? ..

Itulah dua keadaan yang memeningkan .. kecuali jika anak anda semua dah besar,. anda banyak masa untuk online dan buat kerja rumah.. Jika anak masih lingkungan bawah 2 tahun.. masih merengek untuk menyusu.. itulah kesukaran yang terpaksa di alami... Peratus masa menjaga bayi amat tinggi bukan? Macam hajar masa menyusu lebih kurang 6 jam sehari... sebab baby hajar kembar.. 
sorang bangun ..sorang tidur.. karang lagi satu bangun pulak... bila dua dua bangun apa boleh buat? Buat bodo je le kan...

Good luck untuk anda yang berbiz online.. x mustahil nak Berjaya, apapun kene usaha...
That's it untuk hari ni...

No comments: