Thursday, June 16, 2011

NASI LEMAK 1/2 JAM

Teringin nak makan nasi lemak... ianya cepat dan sedap.. pastikan langkah2 nye di ikuti dengan baik

LANGKAH 1
Goreng beras yang telah ditos dengan 1 sudu minyak masak selama 2 minit
Masukkan dalam periuk nasi anda... dan mula tekan ON untuk masak.
Sambil tue masukkan daun pandan, halia dan bawang 1 biji yang telah di potong.
Garam 1 sudu
Cmane nak tentukan beras dan air? Nasi lemak X boleh letak banyak air .. letakkan air ketinggian dalam separuh dari air beserta SANTAN yang biasa ukur dari permukaan beras... lebih kurang satu ruas jari anda! selalu kita gune 2 ruas jari telunjuk untuk nasi biasa...
Jangan lupe ON!

LANGKAH 2
Panaskan minak dan mula gorengkan telur (nak rebus pun boleh.. letak aje sebelah dapur lagi dengan air dan masukkan telur...
Goreng ikan bilis dan juga kacang..
Buangkan minyak goreng tadi dan ganti minyak baru.. X elok gune minyak yang dah gune tadi sebab sambal kita nak makan dengan nasi lemak.

LANGKAH 3
Masukkan minyak masak...
Bila dah panas masukkan cili dan bawang blender .. lagi elok kalo dah sediakan dari semalam....Pastikan bawang yang diblender bawang besar sebiji penuh yer.. untuk memekatkan kuah anda..
Biarkan hingga pecah minyak..
Sambil2 tue sediakan le timun potong dan tengok le nasi tue.. kaco siket2..
Bila dah pecah minyak masukkan ikan bilis dan bawang besar yang dipotong pulak...
Masukkan gula 1 sudu untuk mencantikkan appearance sambal tue kasik nampak merah aje...garam secukup rasa....
Masukkan air 1 cawan air dan asam keping 1 keping dan masak hingga kuah pekat..kuarkan asam sebaik saja angkat sambal anda!
Boleh angkat untuk di jamukan pada keluarga anda!



Masukkan cili blender ke dalam


No comments: